Khamis, 6 Disember 2012

khasiat tersendiri....

Assalammualaikum...
Kawan2 semua nak tahu tak APA KHASIAT yang terdapat dalam buah yang selalu kawan2 makan!!!

Antaranya....


TEMBIKAI

> Membantu mengurangkan risiko kanser prostat dan kardiovaskular.
> Meningkatkan sistem antibodi untuk mengelak sebarang penyakit.
> Mengawal tekanan darah.
> Memberi tenaga pada tubuh.




BETIK

> Mempunyai serat yg dapat mencegah toksin di dalam usus besar.

> Mengandungi antioksidan .
> Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.
> Baik untuk jantung.
> Membantu dalam pemulihan luka.



JAMBU BATU

> Menurunkan kadar kolesterol dan glukosa dalam darah.
> Menjadi bahan antioksidan yang berkesan.
> Membaiki kulit dan  mencegah masalah kulit.
> Mencegah daripada sembelit.
> Membantu melegakan batuk dan selesema.




NANAS

> Membantu untuk membina tulang yg sihat.
> Melindungi badan kita daripada radikal bebas yg akan menyerang sel yg sihat.
> Membantu untuk menghalang pembentukkan plak.
> Membantu menurunkan tekanan darah.
> Membantu untuk nmembina sistem imunisasi badan yg semula jadi.
> Melindungi daripada masalah mata yg berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.




PISANG

> Memberi sumber tenaga yg segera.
> Mampu mengatasi masalah sembelit
> Merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah yg mencegah anemia.





BELIMBING

> Sesuai dimakan oleh penghidap penyakit kencing manis dan penyakit tekanan darah tinggi serta radang gusi.
> Kalium dalam belimbing berfungsi mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair, membantu kitaran ion dalam salur darah, membantu pengecutan otot.
> Membantu melawaskan pembuangan air kecil di samping membantu masalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C.




MANGGA

Membuatkan kulit anda lebih lembut dan sihat.
> Kandungan asid glutamik yg tinggi dalam buah mangga mampu meningkatkan daya ingatan.
> Buah ini mengandungi enzim yg memenangkan perut dengan mencegah keasidan dan sembelit kerana kandungan seratnya yg tinggi.
> Berkhasiat untuk mencegah pelbagai penyakit yg berkaitan mata seperti rabun, kerosakan kornea, kekeringan dan gatal-gatal pada mata.





MANGGIS

> Mampu menyembuhkan sekaligus mencegah penyakit kanser  seperti kanser  paru-paru,  hati,  usus,  dan lain2.
> Menghalang tumbuhnya sel-sel pada penyakit leukimia.
> Dapat mencegah beberapa penyakit kronik seperti diabetes, kanser, jantung dan beberapa penyakit lain.
> Mengurangkan tekanan darah tinggi.
> Mampu menurunkan kadar kolesterol.
> Mengatasi penyakit batu ginjal.
> Memberi tenaga pada badan.